Yang DiPertua PERKABA, Encik Othman bin Awang telah bersara wajib dari perkhidmatan pada 22 September 2011. Sesungguhnya ia adalah satu kehilangan besar dalam persatuan. Beliau adalah seorang yang sangat berpegang pada prinsip dan kebenaran. Beliau juga tidak pernah lupa untuk memperjuangkan kebajikan ahli-ahli persatuan dalam menambahbaik perkhidmatan dan memartabat UTM.

Sekali lagi diucapkan terima kasih atas kepimpinan dan segala sumbangan yang telah diberikan dalam menerajui PERKABA. Selamat bersara dan selamat maju jaya.