Universiti Teknologi Malaysia telah dikenali sebagai salah satu Universiti Penyelidikan di Malaysia yang terbukti untuk melahirkan graduan yang berkualiti tinggi dalam pelbagai bidang. Dengan pasaran kerja yang semakin mencabar, Unit Pembangunan Kerjaya (CDU) UTM dengan kerjasama pelajar UTM telah menganjurkan pelbagai program untuk membantu pelajar dalam mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian. Ia juga boleh membantu untuk mengurangkan peratusan siswazah menganggur di Malaysia.

Karnival Kerjaya UTM (CCUTM) adalah acara tahunan di UTM. Pencapaian dalam setiap karnival adalah amat positif dari peringkat pengurusan sehingga peratusan kejayaan pekerjaan di kalangan pelajar. CCUTM akan menjadi platform untuk menyediakan pelajar peluang untuk mendapatkan tempat pekerjaan mereka dan juga penempatan internship dari pelbagai syarikat yang akan menyertai acara ini. Karnival ini telah menjadi saluran yang besar kepada pelajar-pelajar untuk menyertai syarikat impian mereka untuk pekerjaan selepas tamat pengajian.

 

Tarikh:
15 – 16  Mei 2013

Masa:
8:00-17:00

Tempat:
Dewan Sultan Iskandar (DSI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim.

Aktiviti:
Penulisan Resume  & Bengkel Temuduga, Pameran, Expo, Walk-in Interview, Career & Technical Talk.

Syarikat:
Lebih daripada 40 + + syarikat.
Schlumberger, Halliburton, Petrofac, Baker Huges, Aker Solutions, Technip, Gamuda Berhad, Seagate International, Jurong Shipyard, Kiswire, Dialog Group Berhad dan lain-lain