Pihak Universiti telah menerima arahan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) agar memastikan semua pegawai awam supaya tidak terlibat dalam apa-apa bentuk gerakan dan perhimpunan haram yang dianjurkan mana-mana pihak.
Tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pegawai yang terlibat secara langsung berdasarkan bukti yang diperolehi dan mencukupi seperti yang dinyatakan di dalam pekeliling ini.
Mohon dipanjangkan pekeliling ini di fakulti/bahagian Saudara untuk makluman semua staf. Pekeliling berhubung perkara ini boleh dimuat turun disini.