Dukacita dimaklumkan YBhg. Tan Sri Ainuddin Wahid, mantan Naib Canselor UTM yang pertama telah kembali ke rahmatullah pada petang tadi (28 Mei 2013). Jenazah akan disempurnakan selepas Subuh esok (Rabu, 29 Mei 2013) dan akan disembahyangkan di kediaman allahyarham di No 3, Jalan 7, Taman Tun Abdul Razak, Ampang pada jam 7.30 pagi dan di Masjid UTM KL jam 8.30 pagi esok. Seterusnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang. Al Fatihah.