Sukacita dimaklumkan bahawa PERKABA dengan kerjasama Pusat Islam UTM akan mengedarkan Bubur Lambuk kepada semua warga kampus sempena bulan Ramadan 1434H ini.

Sehubungan itu, semua warga kampus adalah dijemput hadir ke Masjid Sultan Ismail pada hari Selasa, 23 Julai 2013 bermula jam 4.00 petang bagi mendapatkan bubur lambuk tersebut.