Bersempena dengan bulan Ramadan 1434H ini, PERKABA telah berbesar hati untuk memberikan sumbangan kepada Ibu-ibu Tunggal yang menjadi ahli PERKABA sebagai persediaan untuk menyambut lebaran Syawal yang akan menjelma tidak lama lagi.
Semoga dengan sumbangan yang diberikan ini dapat membantu dan meringankan bebanan yang ditanggung oleh ahli PERKABA.
SYARAT PERMOHONAN:
– Ahli PERKABA yang berdaftar
– Mempunyai anak yang berumur 18 tahun dan kebawah yang tidak bekerja
– Sumbangan adalah sebanyak RM50/anak
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
– En. Roslan bin Abd. Ghani (019-7124394)
– En. Mohd Zainuddin bin Musoh (017-7321007)
Borang Permohonan Sumbangan Aidilfitri boleh dimuat turun disini.
SILA SERAHKAN BORANG PERMOHONAN SUMBANGAN AIDILFITRI SEBELUM HARI JUMAAT, 2 OGOS 2013 Jam 12.00 tengah hari.