group

Persatuan telah mengadakan Bengkel Perancangan Strategik PERKABA tahun 2014 pada 15 hingga 17 November 2013 yang lalu. Beberapa faedah dan kemudahan kepada ahli telah ditambahbaik hasil dari bengkel ini bagi menjaga kebajikan semua ahli PERKABA. Semua kemudahan dan faedah ini akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2014.

Selain itu, bengkel ini juga telah merancang aktiviti-aktiviti bagi tahun 2014 yang pasti akan merancakkan lagi budaya akademia di UTM dan pembangunan modal insan yang berterusan.

Tahniah dan terima kasih diatas sokongan semua ahli PERKABA yang tidak pernah jemu dalam menyokong dan menjayakan agenda transformasi UTM.

Terima kasih.