Alhamdulillah, PERKABA UTM melalui exconya, Pn. Norliyati telah berjaya menguruskan sumbangan Bakul Rezeki PERKABA Prihatin kepada 17 keluarga yang di kuarantin di Perumahan Desa Bakti UTM pada 14 Ogos yang lalu. Sebanyak 17 bakul rezeki tersebut telah diserahkan kepada Penghulu Desa Bakti, En. Ismail Aziz bagi pengagihan kepada ahli yang telah disenaraikan. Terima kasih semua Exco yang telah memberi persetujuan sumbangan ini dan sama-sama kita doakan agar semua staf dan ahli Perkaba UTM dipermudahkan segala urusan serta segera disembuhkan.

#perkabaprihatin

#kitajagakita

#cekalbersamatakwa