Alhamdulillah, terima kasih kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), YBhg. Dato’ Haji Zamani Ahmad Bin Mansor dan delegasi yang mengadakan lawatan dua (2) hari di UTM seterusnya menandatangani MOU bersama UTM tengahari ini.
Hubungan baik antara UTM dan MBSA ini telah terjalin sejak 2017 khususnya melalui aktiviti berkaitan penyelidikan dan inovasi. Antaranya, penyelidikan dalam mengurangkan risiko banjir kilat melalui kajian sistem perparitan konkrit berliang yang dijalankan di Sekolah Kejuruteraan Awam, UTM.
Saya berharap pemeteraian MOU antara UTM dan MBSA ini akan membuka lebih banyak peluang usahasama serta perkongsian kepakaran dalam pelbagai bidang untuk manfaat semua.
#KeranaTuhanUntukManusia
sumber: FB UTM Vice-Chancellor
