Dijemput kepada staf yang berkelapangan untuk sama-sama menyempurnakan solat hajat buat sahabat kita En. Md. Ajis bin Saman seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 6 Oktober 2020 | Selasa
Masa: Selepas Solat Zohor Berjemaah
Tempat: Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Ismail
Tujuan: Mendoakan agar diberikan kesembuhan sepenuhnya kepada penyakit yang dihidapi
Anjuran: Persatuan Kakitangan Bukan Akademik UTM (PERKABA UTM)
Semua warga kampus adalah dijemput hadir. Mohon sebarluaskan jemputan ini. Terima kasih.
Hadis daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Berdoalah kepada Allah dengan penuh keyakinan bahawa doamu pasti dikabulkan oleh Allah, dan ketahuilah bahawa Allah itu tidak berkenan menerima doa orang-orang yang hatinya alpa lupa.” (Riwayat al-Tirmizi).
