Satu inisiatif kerjasama diantara PERKABA UTM & AGRO BANK dalam menyampaikan bantuan BAKUL REZEKI kepada 20 orang staf UTM B40 yang terdiri daripada ahli PERKABA. Bantuan ini merupakan hasil dari kerjasama dan aktiviti komuniti (CSR) yang telah dijalankan bersama dalam membantu ahli PERKABA yang terkesan dengan pandemik Covid-19 ini. Program ini telah diadakan pada 3 Ogos 2021 bertempat di Foyer Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru.

UTM telah diwakili oleh Pendaftar, YBrs. En. Abdul Razib bin Hj. Shahuddin, manakala Agro Bank telah diwakili oleh En. Md Yasin Abd. Hamid, Regional Director (Melaka-Johor) yang telah sama-sama hadir dan merasmikan program ini.

Gambar aktiviti di Facebook PERKABA UTM / UTM Corporate Affairs

Montaj Video Facebook PERKABA UTM