Penolong Bendahari PERKABA, Tuan Haji Kasim bin Marjono telah bersara wajib dari perkhidmatan pada 11 Januari 2012. Maka genaplah perkhidmatan beliau di UTM selama 39 tahun. Beliau amat tegas dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Beliau lebih dikenali sebagai seorang yang suka bergurau dan mengusik dikalangan ahli tidak kira dalam mesyuarat atau dalam mana-mana aktiviti. Sifat beliau ini dapat menambah kemesraan dan mengeratkan silaturrahim sesama ahli.

Segala sumbangan dan jasa beliau yang telah diberikan amatlah dihargai sepanjang menyertai PERKABA. Terima kasih sekali lagi dan selamat bersara.