Sebelum terlewat, kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014. Semoga tahun 2013 memberikan seribu kenangan manis dengan pencapaian prestasi yang terbaik. Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, segala sumbangan dan komitmen yang telah dicurahkan kepada UTM dapat terus dikekalkan dalam meneruskan kelangsungan budaya akademia.

Selaras dengan itu, kami ingin memaklumkan beberapa penambahbaikan faedah kepada semua ahli PERKABA. Beberapa faedah dan kemudahan baharu yang akan dinikmati adalah seperti berikut:

  1. Kemudahan pinjaman peribadi sehingga RM600.00
  1. Sumbangan Khairat Kematian :

i.  Ahli                                      –          RM500.00

ii. Anak / Suami / Isteri            –          RM200.00

iii. Ibu / Bapa                          –          RM100.00

  1. Sumbangan sakit kerana dimasukkan wad sekurang-kurangnya tiga (3) hari atau Cuti Sakit selama tujuh (7) hari berterusan dengan satu sijil sakit (Terhad kepada 2 kali setahun)  –  RM50.00
  1. Sumbangan Persaraan Wajib, Pilihan atau atas sebab kesihatan (Untuk ahli melebihi 5 tahun)  –  RM300.00
  1. Sumbangan atas sebab penamatan perkhidmatan / kontrak (Untuk ahli melebihi 5 tahun)  –  RM100.00
  1. Sumbangan saguhati (maksima RM300.00) akibat bencana alam atau kebakaran yang teruk.
  1. Pinjaman kecemasan (maksima RM500.00) atas sebab kematian ahli keluarga terdekat (ibu/bapa/isteri/suami/anak)  –  Kelulusan serta merta.
  1. Sumbangan perkahwinan  –  RM50.00
  1. Sumbangan Fardhu Haji (bagi ibadah Haji pertama kali sahaja)  –  RM100.00

 

Semua faedah dan kemudahan yang telah ditambahbaik ini adalah berkuatkuasa pada 1 Januari 2014. Segala borang boleh didapati dari sini.